BERLIN 24 April – Pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka mempunyai peluang untuk membalas dendam ke atas pemain Taiwan, Hsieh Su-wei, minggu ini, apabila kedua-dua pemain itu bertemu pada pusingan kedua dalam kejohanan tenis WTA di Stuttgart. Su-wei yang bangkit daripada ketinggalan menundukkan pencabar dari China, Wang Qiang menerusi kemenangan 4-6, 6-3, 6-4, hari ini, dan sekali gus mencatat pertemuan dengan Osaka, pemain yang ditewaskannya di Miami, bulan lalu. Osaka mengalahkan Su-wei dalam perjalanannya merangkul gelaran pada Terbuka Australia, Januari lalu, tetapi pemain Taiwan yang berpengalaman itu telah melakar kemenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya