Pelantikan MB: Elakkan krisis perlembagaan - Utusan Malaysia

Pelantikan MB: Elakkan krisis perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELANTIKAN Perdana Menteri dan Menteri Besar adalah salah satu tanggungjawab perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja sebagai ketua negara dan ketua negeri.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, soal melantik Perdana Menteri dinyatakan dalam Perkara 43 (2). Kandungannya ‘straight foward’ kerana prinsipnya jelas, individu itu pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Tidak disebut hal lain termasuk soal mesti beragama Islam dan Melayu seperti dalam pelantikan Menteri Besar yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri-negeri atau kuasa budi bicara raja-raja dalam melaksanakan tugas berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebab itu, melantik Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu selama mana negara ini dibentuk tetapi ini berbeza dengan Menteri Besar.

Untuk tempoh sejak 2008, dapat disaksikan ada nama yang diberikan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar oleh kepemimpinan pusat parti yang menang tidak dapat dilantik akibat tidak dipersetujui raja negeri masing-masing.

Ini antaranya berlaku di Terengganu dan Perlis selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) 2008 yang akhirnya memaksa Barisan Nasional (BN) mengeluarkan watikah pelantikan kepada nama lain.

Senario di Perak selepas PRU-12 juga ada persamaan sebahagiannya apabila gabungan Pas, PKR dan DAP ketika itu menyerahkan kepada Sultan Perak untuk memutuskan siapa Menteri Besar berdasar nama-nama yang diserahkan. Kemudian DAP akur walaupun pemimpin Pas yang dilantik, bukan nama pilihan mereka.

Soal individu dilantik itu mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) memang menjadi prinsip asas sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan mahu pun perlembagaan negeri-negeri.

Namun sejarah membuktikan proses di peringkat negeri sedikit kompleks. Mutlak atau tidak kuasa raja-raja, masing-masing mempunyai hujah tetapi setiap kali isu pelantikan Menteri Besar timbul, parti yang menang di peringkat DUN memilih pendekatan perbincangan.

Ini yang akhirnya isu tersebut selesai dengan tertib sekali gus mengelakkan berlanjutan ke mahkamah bagi memberi tafsiran mengenai kuasa siapa sebenarnya dalam memutuskan pelantikan menteri besar.

Maka besar harapan untuk semua pihak terus mengambil pendekatan yang dapat mengelakkan krisis perlembagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini