Pelajar Perlis bebas penyakit tangan, kaki, mulut - Utusan Malaysia

Pelajar Perlis bebas penyakit tangan, kaki, mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 30 April – Pelajar di Perlis bebas daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Izmi Ismail.

Beliau berkata pada tahun lepas, lebih 15 kes membabitkan murid dan pelajar dicatatkan, namun semuanya telah pulih sepenuhnya.

“JPN berharap ibu bapa memainkan peranan dengan mendidik anak-anak mereka mengamalkan kebersihan diri kerana HFMD merebak melalui air liur dan penyakit ini pula dikategorikan mudah berjangkit,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Izmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Record bagi Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan ‘Hand Sanitizer’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang, di sini, hari ini yang disertai 124 murid Tahun Satu sekolah itu.

Dalam program berkenaan, setiap murid dibekalkan satu unit hand sanitizer EcoMind yang ditaja syarikat Melilea Malaysia dan mereka diberi tunjuk ajar cara mencuci tangan dengan betul oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Perlis.

Lebih 3,940 murid Tahun Satu sekolah rendah seluruh Perlis menyertai program itu yang dijalankan serentak di seluruh negara membabitkan kira-kira 450,000 murid, hari ini.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini