BALING 5 April – Seorang pelajar Kolej Komuniti Baling, Muhammad Irfan Hadi Sulaiman, 22, dari Kupang, Baling melakar sejarah tersendiri apabila dipilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Worldskills Competition Kazan, Rusia 2019 pada 22 hingga 27 Ogos depan. Pengarahnya, Sobah Abdul Hamid berkata, kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Syed Abu Bakar, Baling itu bermula apabila dia memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan masakan tahun lalu. Katanya, pertandingan itu adalah…










