Pelaburan Lynas ‘terlalu besar’ untuk diabaikan - Utusan Malaysia

Pelaburan Lynas ‘terlalu besar’ untuk diabaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Pelaburan syarikat memproses nadir bumi, Lynas Corporation Limited (Lynas) di negara ini ‘terlalu besar’ untuk diabaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

MOHD. REDZUAN YUSOF

Tegas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, atas sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memaksa syarikat berkenaan mengambil tindakan untuk eksport pembuangan sisa radioaktif itu ke Australia, kecuali dinilai sebagai ‘sangat tidak selamat’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berpendapat, kilang itu perlu terus dibenarkan menjalankan operasi di negara ini seperti yang telah diputuskan oleh Kabinet, dan hal yang berkaitan dengan pembuangan sisa radioaktif adalah isu berbeza.

“Kerajaan PH mengamalkan pendekatan mesra perniagaan justeru akan mencari kaedah terbaik dalam pengurusan sisa bahan tersebut. Pelaburan Lynas terlalu besar untuk diabaikan.

“Pada pendapat saya, kita perlu berbincang dalam Kabinet, kita perlu meneruskan dan isu sisa itu perkara yang berlainan. Terdapat alternatif lain untuk menguruskannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis memberitahu, pihaknya mahu mengadakan kerjasama dengan kerajaan Australia bagi memastikan sisa buangan Lynas.

Semalam, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menegaskan projek Lynas di Gebeng menjejaskan penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini