Pekerja kilang maut rempuh lori penyelenggaraan jalan - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut rempuh lori penyelenggaraan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 1 April – Seorang pekerja kilang maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori penyelengaraan jalan raya di Kilometer 105 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Hospital Metro di sini, hari ini.

Mangsa, Mohamad Nuqman Afiq Ahmad Narizan, 20, dari Permatang Damar Laut, Pulau Pinang, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Butterworth.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa merempuh lori tersebut yang pada ketika itu sedang mengundur untuk membelok masuk ke satu tempat setelah selesai menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori jenis Isuzu itu merupakan warga India berusia 47 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987,” kata Adzli lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini