JOHOR BAHRU 11 April – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM17,000 dua tahun lalu. Tertuduh, Maizaili Mohamed, 53, yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM17,000 daripada Toh Seng Huat melalui akaun Maybank Islamic Berhad miliknya yang merupakan hasil aktiviti haram. Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Cawangan Muar, No. 104, Jalan Abdullah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya