Pegawai polis berpangkat ASP didakwa terima rasuah - Utusan Malaysia

Pegawai polis berpangkat ASP didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM17,000 pada dua tahun lalu. Tertuduh, Maizaili Mohamed, 53, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM17,000 dari Toh Seng Huat melalui akaun Maybank Islamic Berhad miliknya yang merupakan hasil aktiviti haram. Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad cawangan Muar, No. 104, Jalan Abdullah 80400, Muar, Johor…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN