ISNIN lalu, di London, bintang pop legenda Britain, Elton John menggesa orang ramai memulaukan sembilan hotel milik Brunei, selepas negara itu mengumumkan bakal menguatkuasa hukuman mati terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pesalah zina. Gesaan itu dibuat ketika sebilangan ahli politik dan selebriti mengutuk penguatkuasaan undang-undang baharu berkenaan, dan menyokong tindakan pemulauan terbabit. Sehari sebelum itu, pelakon George Clooney turut mengeluarkan kenyataan serupa. “Saya memuji rakan saya,…










