REMBAU 13 April – Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) kerdil juga merupakan antara yang hadir mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau. Pekerja swasta, Abdul Halim Hafis Mohd. Yusof, 43, dan isterinya, Khadijah Abu Samah, 43, ternyata teruja dapat sekali lagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Menurut Khadijah yang juga merupakan guru pendidikan khas, sebagai anak jati Rantau sudah tentu dia mahu mengundi…










