Parlimen: Prokhas tidak urus aset Tabung Haji - Utusan Malaysia

Parlimen: Prokhas tidak urus aset Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat tujuan khas (SPV), Prokhas Sdn Bhd., berperanan menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang tidak menguntungkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhajid Yusof hari ini.

Beliau menegaskan SPV itu tidak menguruskan aset dan harta TH, sebaliknya harta itu diuruskan oleh Urusharta Jamaah Sdn.Bhd. (UJSB) yang mempunyai kuasa eksekutif.

“Keputusan semua akan kembali pada ahli lembaga pengarah SPV iaitu Urusharta Jamaah,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isu berkenaan dibangkitkan blok pembangkang yang mendakwa aset TH dikawal oleh bukan Islam yang diketuai Chen Yin Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas.

Mujahid berkata, Lembaga Pengarah UJSB terdiri daripada antaranya Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi UJSB Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dan Rashidah Mohd Sies selaku Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini