KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menubuhkan pasukan projek khas bagi memastikan undang-undang berkaitan kesaksamaan gender diwujudkan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, kementerian itu menyatakan penubuhan pasukan khas itu akan melibatkan dan mengambil kira aspek agama, sosial dan kaum memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. “Kementerian berharap dengan pewujudan pasukan projek khas yang terdiri daripada wakil kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran berkenaan kesaksamaan gender…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya