Parlimen: Dewan Rakyat kecoh isu peruntukan wakil rakyat - Utusan Malaysia

Parlimen: Dewan Rakyat kecoh isu peruntukan wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah, mengenai isu peruntukan kepada wakil rakyat.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Datuk Md Farid Md Rafik ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkata, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kawasan Parlimen pembangkang.

“Perkara ini merupakan satu titik permulaan yang cukup baik, ini tahun pertama pelaksanaannya, ia masih terbuka kepada penambahbaikan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, peruntukan itu boleh ditambah baik bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Tambahnya, peruntukan khas bagi ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan pula adalah berjumlah RM1.5 juta, manakala RM300,000 bagi peruntukan pengurusan pejabat untuk menguruskan pusat khidmat rakyat. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini