SEBERANG PERAI – Suasana pilu berlaku di atas Jambatan Pulau Pinang di sini semalam selepas seorang lelaki dilihat memangku jenazah isterinya yang maut akibat kemalangan melibatkan tiga buah motosikal. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Junaidah Abdul Rani, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak di atas jalan setelah motosikal ditunggang suaminya, Abd. Samat Azizan, 55, bergesel dengan dua motosikal lain. Sebaik kejadian berlaku, Abd. Samat yang hanya mengalami kecederaan ringan dilihat terus merangkul dan memangku jenazah isterinya selama kira-kira 30 minit sementara menunggu bantuan kecemasan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya