KUALA LUMPUR 1 APRIL – Meskipun bakal bertemu pendatang baharu Liga Perdana, Selangor United dalam pusingan kedua Piala FA, Kedah tidak sesekali memandang rendah keupayaan lawannya itu. Kapten Lang Merah, Baddrol Bakhtiar berkata, pasukannya tidak akan memandang mudah terhadap mana-mana pasukan yang bakal dihadapi dan sedar Selangor United pasti memberi tentangan sengit. Begitupun, bermain di Stadium Darul Aman, Rabu ini, Baddrol mahu rakan sepasukannya memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong…










