JOHOR BAHRU – Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, merupakan menteri besar yang dipercayai paling singkat mentadbir kerajaan negeri ini iaitu tidak sampai 11 bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei. Osman, ketika dilantik…










