GUA MUSANG 15 April – Sebahagian besar daripada 54 keluarga Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini terpaksa berpindah dan tinggal sementara di tepi sungai kerana tidak tahan dengan cuaca panas. Sejak dua minggu lalu, mereka yang kebanyakannya diserang penyakit kulit bersisik lebih suka tinggal di tepi Sungai Pertang, Aring. Tinjauan di kampung itu mendapati hanya tinggal kira-kira tujuh keluarga sahaja di kampung berkenaan dan…










