KUALA LUMPUR 11 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan operasi menembak gagak di sekitar kawasan Bangsar, di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 8 malam, Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, kawasan yang terlibat adalah Jalan Ara, Jalan Telawi 2, 3 dan 4, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Lucky Garden, Jalan Tempinis dan sekitarnya.
“Operasi bertujuan mengurangkan populasi gagak yang menyebabkan kacau ganggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Berita berkaitan:
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati melalui kawasan berkenaan pada waktu operasi dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE











