RANTAU PANJANG – Sembilan buah bengkel motosikal dan kenderaan yang tidak berdaftar sekitar kawasan ini diperiksa polis menerusi Op Lejang. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan kenderaan curi. Menurutnya, sepanjang Op Lejang itu seramai 77 individu serta 117 buah kenderaan membabitkan kereta (45), motosikal (54) dan lori (17) telah diperiksa. “Op Lejang ini menunjukkan komitmen tinggi polis dalam mengekang aktiviti curi…










