BENTONG 31 Mac – Dua sahabat nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam Sungai Bentong berhampiran Kampung Baru di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyaksikan Gan Peng Hong,18, dan rakannya, Chou Chai Zhen,18, menyelamatkan diri apabila berjaya keluar dari kereta. Meskipun jatuh pada ketinggian kira-kira lapan meter sehingga menyaksikan bahagian hadapan kereta remuk teruk,.kedua-dua mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan. Peng…










