Nurfatin Nadia, Melisa lakar sejarah STORM - Utusan Malaysia

Nurfatin Nadia, Melisa lakar sejarah STORM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 11 April – Pegawai Bomba (PB) Nurfatin Nadia Jamain dan Melisa Canda Anak Jawan melakar sejarah tersendiri apabila muncul wanita bomba pertama yang ditauliahkan sebagai anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Pentauliahan itu membolehkan mereka berdua menyertai unit elit tersebut yang selama ini didominasi anggota serta pegawai bomba lelaki.

Nurfatin Nadia, 24, yang berasal dari Beaufort, Sabah kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor manakala Melisa, 26, dari Sibu, Sarawak berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka merupakan antara 39 anggota serta pegawai bomba yang mendapat pentauliahan sebagai anggota STORM hari ini sesudah dua minggu menyertai kursus tersebut di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai dekat sini.

Ini bermakna, daripada kesemua 466 anggota STORM di seluruh negara ketika ini, hanya Nurfatin Nadia dan Melisa anggota wanita.

Majlis penutupan Kursus Khas STORM itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan Pasukan Penyelamat JBPM, Mohd. Azhar Abdullah dan Komander STORM, Ismail Abd. Ghani.

Dalam majlis itu, beberapa anggota STORM lagi turut menerima anugerah dan mereka ialah Penguasa Bomba (PgB) Saiful Anuar Alwi (teori terbaik), PB Mohd. Fahmi Izzuddin Mohd. Lokman (keseluruhan terbaik) dan PB Farhan Arshad (praktikal terbaik). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini