ALOR SETAR 16 April – Kerajaan negeri sedang berunding untuk mendapatkan pinjaman berjumlah lebih RM200 juta daripada bank luar negara untuk mengatasi masalah kehilangan air tanpa hasil (NRW) di negeri ini. MUKHRIZ MAHATHIR Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jumlah itu adalah permulaan bagi membiayai projek-projek yang sedang dikaji kerana kehilangan kira-kira 49 peratus NRW daripada 1,400 juta liter padu sehari (MLD) yang disalurkan pada masa ini, amat tinggi.…









