Neymar tidak akan tinggalkan PSG - Utusan Malaysia

Neymar tidak akan tinggalkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Bapa kepada bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menafikan dakwaan media bahawa pemain tersebut sedang menimbang peluang untuk meninggalkan Parc des Princes musim panas ini.

Ketua pasukan Brazil itu menyertai kelab mewah Perancis tersebut dari Barcelona pada 2017 dengan memecahkan nilai perpindahan dunia dengan nilai RM1.1 bilion tetapi kini dia kembali dikaitkan dengan kepulangan semula ke Camp Nou.

Bagaimanapun, Neymar turut dikaitkan dengan perpindahan menyertai musuh tradisi Barcelona iaitu Real Madrid yang berminat untuk membawanya ke Santiago Bernabeu biarpun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kontraknya di PSG masih lagi panjang, dia baharu dua musim dan belum terfikir untuk mencari kelab lain.

“Belum sampai 50 peratus lagi kontraknya di sini berjalan, jadi saya fikir semua pihak perlu lebih tenang kerana dalam bola sepak spekulasi perpindahan ini adalah perkara biasa.

“Setiap pasukan sentiasa mengimpikan untuk menandatangani pemain sepertinya. Namun, para peminat PSG tidak perlu bimbang kerana Neymar akan terus kekal di sini.

“Neymar mahu terus kekal di sini dan memenangi lebih banyak gelaran bersama pasukan ini,” ujar bapa pemain tersebut, Neymar Santos. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini