Neuer nafi khabar angin bersara - Utusan Malaysia

Neuer nafi khabar angin bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 17 April – Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer, hari ini, menafikan khabar angin bahawa dia akan bersara dan berkata, dia berharap dapat kembali tepat pada masanya iaitu pada perlawanan kedua terakhir musim Bundesliga menentang RB Leipzig.

“Sukar untuk saya katakan bila saya akan kembali bermain, tetapi saya rasa perlawanan menentang Leipzig sasaran paling realistik,” katanya pada sidang akhbar, dengan pendahulu liga, Bayern akan beraksi menentang Leipzig di laman lawan pada 5 Mei ini.

Neuer, 33, terpaksa digantikan sewaktu Bayern mencatat kemenangan 4-1 ke atas Fortuna Duesseldorf, Ahad lalu, selepas mengalami kecederaan betis yang berulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kecederaan yang menimpanya menyaksikan Neuer diketepikan pada ketika Bayern berdepan tempoh yang genting, setelah mereka hanya berkelebihan satu mata di depan Borussia Dortmund dalam perebutan gelaran Bundesliga dan turut memburu ke perlawanan akhir Piala Jerman.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Neuer sering bergelut dengan kecederaan, dan selepas kelab mengumumkan bahawa penjaga gol itu akan mengadakan sidang akhbar, hari ini, spekulasi dia mungkin menamatkan kariernya mula tersebar.

“Kami hanya tersenyum tentang khabar angin tersebut,” katanya ketika diajukan pertanyaan tentang spekulasi yang tiba-tiba muncul itu.

Penjaga gol Bayern itu menegaskan, dia menerima kecederaan terbaru yang menimpanya dengan lebih berhati-hati selepas dua kali tulang kakinya patah pada 2017.

“Saya tidak bermain sepanjang musim lalu sewaktu metatarsal saya patah dan terpaksa menggunakan tongkat untuk tempoh yang lama. Apabila anda lama tidak beraksi, tubuh anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan itu, jadi anda sememangnya akan menjangkakan kecederaan otot akan berlaku selepas itu.

“Saya sebenarnya ada mengalami kecederaan otot pada awal musim ini,” ujar penjaga gol Jerman itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini