Netanyahu ingin jajah Tebing Barat sepenuhnya - Utusan Malaysia

Netanyahu ingin jajah Tebing Barat sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV 7 April – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘mengambil langkah baharu’ dalam mencabul undang-undang antarabangsa apabila menyatakan ‘keinginan’ untuk menjajah Tebing Barat sepenuhnya jika beliau memenangi pilihan raya akan datang.

Press TV melaporkan, Netanyahu menerusi satu temu bual menyatakan beliau ‘tidak berasa malu’ untuk meluaskan jajahan Zionis di Tebing Barat yang ketika ini semakin dipenuhi dengan penduduk Yahudi.

Tindakan itu dilihat sama seperti Israel menjajah sepenuhnya Bukit Golan yang terletak dalam wilayah Syria dan timur Baitulmuqaddis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa kata kita tidak akan melakukannya? Langkah itu (meluaskan jajahan) sedang dirancang dan kami giat melakukan banyak perbincangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini