KUANTAN – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak merasakan pemain naturalisasi boleh menjejaskan peluang pemain tempatan menyertai skuad kebangsaan kerana proses kemasukannya dilakukan secara teliti dan mengikut prosedur ditetapkan. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya mempunyai kumpulan kajian teknikal yang mengkaji dan memastikan pengambilan pemain asing benar-benar memberi kesan positif kepada negara bukan sahaja untuk jangka masa pendek, tetapi juga jangka masa sederhana dan panjang. “Kita perlu ingat prosedur…









