KUALA LUMPUR 8 April – Seorang pekebun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam laman sosial Facebook miliknya bulan lalu. Sharil Mohd. Sarif, 36, yang pertama kali didakwa pada 23 Mac lalu menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula ketika sebutan kes hari ini. Bagaimanapun, Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan 26 April ini untuk jatuh hukum terhadap bapa empat anak itu. Mengikut pertuduhan, orang kena saman (OKS) itu didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya secara sedar membuat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya