Mustahil untuk menang empat trofi - Utusan Malaysia

Mustahil untuk menang empat trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 April – Pengurus Manchester City , Pep Guardiola menegaskan pasukannya tetap hampir mustahil untuk memenangi empat gelaran (quadruple) sekalipun mara ke pusingan akhir Piala FA selepas menumbangkan Brighton 1-0 hari ini.

Jaringan awal tunggal Gabriel Jesus sudah cukup untuk menumbangkan skuad Seagulls dan masih mencatat prestasi terbaik dengan meneruskan 22 kemenangan daripada 23 perlawanan.

Skuad bimbingan Guardiola akan kembali ke Wembley untuk berdepan Watford atau Wolves pada 18 Mei ini, dengan peluang untuk muncul pasukan pertama yang berjaya merangkul pertandingan domestik masih cerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

City kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan masih berhutang satu perlawanan selain telah menjuarai Piala Liga Februari lalu.

Bagaimanapun menjelang saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Tottenham Selasa ini (Rabu waktu, Guardiola masih mengharapkan magis daripada anak-anak buahnya untuk memenangi empat trofi.

“Saya mahu bagi tahu anda sesuatu, ia amat mustahil untuk menang quadruple. Berjaya ‘hidup’ di pertandingan ini adalah sesuatu yang keajaiban.

“Kami masih di sini. Itu sebab ia menakjubkan seperti yang telah dilakukan anak-anak buah saya.

“Setiap perlawanan kami kehilangan pemain, namun itu biasa apabila anda mengharungi banyak perlawanan. Kami akan cuba sehingga ke penghujungnya,” kata Guardiola.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini