ALOR SETAR 7 April – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berharap suatu hari nanti kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menandatangani Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah ia diperjelaskan kepada rakyat. Beliau yang juga Menteri Besar memberitahu, isu Statut Rom bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh rakyat kerana sama sekali tidak menjejaskan kedaulatan negara dan kedudukan raja-raja Melayu. “Saya berharap isu ini (Status…










