SHAH ALAM 9 April – Selepas dikritik hebat ekoran pengagihan hibah terendah dalam sejarah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta orang ramai khususnya pendeposit agar terus yakin dengan Lembaga Tabung Haji (TH). Kata Mujahid, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kepemimpinan baharu TH mempunyai pelan pemulihan yang lebih baik dan apa yang berlaku sekarang cumalah proses dalam fasa pemulihan. “Saya minta orang ramai (pendeposit) terus yakin…










