KUALA LUMPUR 1 April – Pengurus pasukan Bola sepak PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd. Shahar optimis The Cops bakal melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila turun menentang Sarawak bagi pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, esok. Jelasnya, apatah lagi selepas perjumpaan pemain-pemain bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi kata-kata semangat, sudah tentu menyemarakkan lagi semangat pasukan untuk memberi aksi terbaik. “Selepas perjumpaan pemain-pemain dengan Tan Sri Muhyiddin yang turut memberi kata-kata semangat, sudah pasti meniupkan semangat pemain untuk memburu kemenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya