“Saya hanya mahu senyum.” Itu reaksi Maznah Ismail atau dikenali dengan Mona Fandey yang hanya ingin ‘tersenyum’ sepanjang masa menanti rayuan terhadap hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 9 Februari 1995 setelah didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Pahang Datuk Mazlan Idris. Wartawan Meja Mahkamah Utusan Malaysia ketika itu, Kamariah Ahmad sempat bertanya kepada Mona mengenai apa yang akan dilakukannya sewaktu…