“SAMA ada mahu menjadi manusia yang baik atau sebaliknya, itu adalah pilihan masing-masing. Jangan sesekali menyalahkan orang lain sekiranya impian untuk berubah tidak menjadi kenyataan,” ungkap Sherry Ibrahim menyusun baik kata-kata. Ya, isu berlaku kepada beberapa orang artis wanita saat ini sebenarnya memberikan gambaran negatif kepada keseluruhan industri. Isu tudung on-off misalnya yang membabitkan beberapa nama popular sebelum ini bukan sahaja menggemparkan tetapi juga sedikit sebanyak memberikan gambaran kurang manis…










