SUNGAI SIPUT 15 April – Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu menggantikan Superintenden Rozeni Ismail berkuat kuasa hari ini. Mohd Khaizam, 40, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, sebelum ini merupakan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Pelantikan beliau bagi menggantikan Rozeni yang menggalas tugas baharu sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Telekomunikasi) di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. Majlis serah terima tugas itu yang berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya