SUNGGUHHPUN tidak memiliki banyak pengalaman dalam bidang diceburi, namun seorang optometris wanita, Nurul Dhiya Dzahar, 30, tekad mengusahakan perniagaan di Pusat Perdagangan Meru Impian, Ipoh, Perak sejak September 2015. Beliau mendapat galakan dan sokongan ahli keluarga untuk menguruskan kedai cermin mata di situ. Dengan memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM), wanita gigih ini menjalankan perniagaan dengan dibantu lima kakitangannya. Anak kedua daripada tiga beradik itu tamat pengajian pada 2014 dan pernah bekerja di Suria Optometri, Medan Gopeng, Ipoh selama 10 bulan. Sungguhpun pengalaman bekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya