SETELAH kematian suami sembilan bulan lalu, Fasizan Mohamad Sidik, 49, hidup dalam serba kekurangan sehingga menjadikan kereta miliknya sebagai tempat tinggal. Lebih menyedihkan, ibu tunggal itu terpaksa mengharungi tempoh berpantang selama 40 hari dalam kereta selepas melahirkan anak keduanya itu. “Kematian suami memang memberi tamparan kuat dalam hidup saya sekeluarga. Setelah pemergiannya, saya hilang punca pendapatan. “Semua perbelanjaan makan minum, saya usahakan sendiri biarpun pada masa itu saya sedang mengandung dan tidak mempunyai perkerjaan tetap. “Selepas hilang punca pencarian, saya terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu membayarnya. Jadi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya