Menu istimewa Ratchada Dulang sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Menu istimewa Ratchada Dulang sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 April – Restoran Boat Noodles memperkenalkan menu istimewa iaitu Ratchada Dulang sempena kedatangan bulan Ramadan kali ini di kesemua rangkaian restoran itu di seluruh negara bermula 3 Mei ini.

Majlis pelancaran menu itu diadakan serentak dengan pembukaan restoran Boat Noodles yang ke-47 di Malaysia dan ke-4 di negeri ini.

Ketua Pemasarannya, Hisham Saleh berkata, idea penghasilan menu itu timbul selepas pihaknya melakukan lawatan ke Ratchada, di Bangkok.

Memuatkan artikel berkaitan…
MENU istimewa restoran Boat Noodles sempena bulan Ramadan tahun ini iaitu Ratchada Dulang. - UTUSAN
 

“Kami memilih nama itu kerana terpegun dengan suasana seperti pasar malam di sana, di mana terdapat beberapa kedai makan yang menghidangkan makanan di dalam dulang.

“Bermula dari situ, kami mengambil konsep tersebut dan menghasilkan menu Ramadan yang khusus hanya untuk waktu itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pembukaan Cawangan Boat Noodles terbaharu di The Mall, Midvalley Southkey, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Hisham turut memberitahu pihaknya merancang untuk membuka lebih banyak cawangan baharu khususnya di negeri ini dalam tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini