MALAM esok bersamaan 27 Rejab 1440 Hijrah, umat Islam bakal memperingati peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Israk dan Mikraj. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidilharam, Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin. Mikraj pula adalah perjalanan dari Masjidil Aqsa menuju ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini besar pengertiannya bagi umat Islam kerana Nabi Muhammad SAW sendiri dijemput oleh Allah untuk menerima kewajiban solat fardu. Ini cukup berbeza dengan kewajiban amalan lain yang kebiasaannya hanya melalui perantaraan Malaikat Jibril. Sehubungan itu, solat adalah satu kewajiban yang perlu diberi perhatian oleh umat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya