BERCAKAP mengenai hubungan luar negara, lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada jumlah konvensyen antarabangsa yang disertai sesebuah negara. Jelaslah apabila Malaysia antara negara yang tidak menyertai beberapa konvensyen antarabangsa, kita sering dicemuh dan dikatakan mundur. Sebenarnya, dasar luar sesebuah negara adalah lebih daripada itu. Hakikatnya beberapa negara maju sendiri enggan menyertai beberapa konvensyen antarabangsa walaupun mereka sering kali mempromosi negara-negara lain bagi menyertainya. Seolah-olah terdapat dua standard yang digarap iaitu untuk…










