SHAH ALAM 1 April – Satu-satunya tertuduh dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam hari ini mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu mencederan lelaki Korea Utara itu, dua tahun lalu. Doan Thi Huong, 30, membuat pengakuan tersebut pada hari kedua perbicaraan peringkat bela diri di Mahkamah Tinggi di sini. Mengikut pertuduhan alternatif terbabit, Thi Huong didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap Jong-nam menggunakan bahan berbahaya iaitu agen saraf, VX di Balai Berlepas, KLIA2,…