DALAM banyak-banyak acara sukan, badminton terus menjadi pertaruhan Malaysia untuk memburu pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. Itu satu cita-cita atau keazaman yang realistik buat kontinjen negara yang bakal bertandang pada temasya di Jepun 2020 nanti. Tidak siapa dapat menafikan, walaupun, sukan-sukan lainnya seperti acara terjun dan lumba basikal mampu melakukan kejutan di sebalik melihat potensi besar acara badminton. Namun, ramai pula yang mula meragui kemampuan badminton untuk memenuhi harapan…










