KUALA LUMPUR 16 April – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof menyeru umat Islam di negara ini berusaha dengan lebih gigih untuk berdaya saing menerokai dan menguasai pasaran halal di peringkat antarabangsa. Beliau yang baru tiba di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina hari ini dari Bahrain untuk menghadiri Forum Perniagaan Sarajevo (SBF) dan Karnival Halal Usahawan Malaysia (MEHC) 2019 hingga 21 April ini berkata, kementeriannya bersedia membuka ruang, peluang…










