KUALA LUMPUR 24 April – MBSB Bank Bhd. telah membelanjakan lebih daripada RM1 bilion dalam usaha untuk menjadikannya sebagai bank islamik premium terkemuka. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, jumlah itu termasuk pengambilalihan Asian Finance Bank, permohonan lesen perbankan, penambahbaikan teknologi serta pembelian bangunan baharu bagi ibu pejabat MBSB Bank di Petaling Jaya. Beliau berkata, bank memperuntukkan sejumlah RM250 juta bagi memperkukuhkan aspek…










