BENTONG 26 April – Mayat seorang remaja yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Triang di sini kelmarin ditemukan hari ini. Ketua Balai Bomba Karak, Suhairul Ibrahim berkata, mayat Sofian Sahar, 14, ditemukan kira-kira pukul 7 pagi iaitu 500 meter dari kawasan mangsa hilang. “Hari ini air surut dan kita menemukan mayat mangsa yang berada hampir dengan tebing dalam keadaan sempurna. “Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Bentong,” katanya di sini hari ini. Kelmarin, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya