MELAKA – Kariah Masjid Asy Syakirin, Pasir Puteh di sini gempar apabila menemui mayat seorang bayi lelaki bersama sekeping nota di masjid berkenaan awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bayi malang terbabit ditemui berbalut dengan kain batik dan masih bertali pusat, selain mempunyai kesan darah di hidung oleh kariah yang ingin menunaikan solat Subuh. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan…










