Masa untuk ‘memecut’ - Utusan Malaysia

Masa untuk ‘memecut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS mengharungi lima peringkat penuh mencabar, perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) diteruskan esok dengan peringkat keenam dari Bagan, Pulau Pinang menuju ke Alor Setar.

Perlumbaan yang tidak kurang mencabar itu melibatkan kayuhan sejauh 137.7 kilometer dengan tiga zon pecutan, sekali gus memberi kelebihan buat pakar pecut untuk mendominasi saingan.

Pakar pecut negara, Mohd. Hariff Salleh dari pasukan TSG Cycling Team (TSG)sekali lagi menjadi tumpuan peminat tempatan bersama Muhammad Zawawi Azman (Team Sapura Cycling), Nik Mohd. Azwan Mohd. Bakri (skuad kebangsaan) dan Muhamad Nur Aiman Mohd. Zarrif (Sapura).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun tumpuan utama perlumbaan pasti terarah kepada pemegang jersi kuning (pendahulu keseluruhan), Benjamin Dyball dari pasukan Sapura bersama Hernan Ricardo Aguirre Caipa (Interpro Cycling Academy) dan Keegan Swirbul dari pasukan Floyd’s.

“Tiga peringkat selepas ini bakal memberi kelebihan kepada pakar pecut kerana laluan pendek dan tidak banyak bukit,” kata Hariff.

Peringkat keenam mempunyai tiga zon pecutan di Sungai Petani, Gurun dan Pendang tanpa sebarang zon pendakian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini