COLUMBUS, Ohio – Seorang wanita menjadi obes akibat trauma dirogol sejak berusia enam tahun berjaya menurunkan lebih 100 kilogram (kg) berat badan dengan berhenti memakan makanan segera dan menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badan.
Kelley Gunter, 54, mendakwa dia ketagih makan ayam goreng dan kek bagi menenangkan emosinya akibat dirogol sehingga beratnya mencecah 176kg pada usia 14 tahun.
Dia menceritakan peristiwa hitam itu selepas individu yang merogolnya meninggal dunia tiga tahun lalu.
“Kemuncaknya ketika saya pergi ke sarkas bersama anak lelaki saya, Alec pada tahun 2000.
“Saya tidak larat berjalan ke tempat duduk kami malah terpaksa menolak permintaan anak ke karnival berdekatan kerana tidak tahan berdiri lama,” katanya.
Gunter terharu apabila anaknya yang berusia 6 tahun memahami keadaannya tetapi pada masa sama sedar saiz badannya itu menjejaskan kehidupan Alec.
Sejak itu, Gunter membuat perubahan mendadak dan enggan mengalah walaupun mengambil masa selama beberapa tahun untuk menurunkan berat badan serta menjalani pembedahan membuang lebihan kulit. – Agensi











