Malaysia tidak sesuai tanam pokok ganja - Utusan Malaysia

Malaysia tidak sesuai tanam pokok ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Cadangan pelaksanaan penanaman pokok ganja di negara ini mampu menjadi ancaman besar terhadap kesejahteraan hidup rakyat walaupun ada yang memberi alasan ia perlu dilakukan bagi tujuan perubatan.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Malaysia tidak boleh menjadikan beberapa negara luar seperti Belanda, Portugal serta beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh yang membenarkan penanaman ganja.

Jelasnya, sebagai pegawai kanan yang berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan jawatan terakhir mengetuai pasukan yang bertanggungjawab memerangi dadah, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan ganja ditanam di negara ini.


“Secara peribadi, saya memang sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana banyak keburukan yang akan berlaku pada masa depan.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalaulah satu masa nanti, ganja dibenarkan ditanam secara besar-besaran di Malaysia, kita bimbang ia akan menjadi ancaman besar kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Lawatan Perpisahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, menjelang persaraannya, hari ini.

Mengulas lanjut Mohmad memberitahu, sekiranya terdapat majoriti rakyat negara ini menyokong cadangan itu, terpulang kepada pemerintah untuk memutuskannya.

“Masalah dadah sudah sekian lama membelenggu sehingga menjadi musuh nombor satu negara dan masalah itu tidak akan ada kesudahannya,” ujarnya.


Tambahnya, sindiket dadah sentiasa berusaha menghasilkan dadah jenis baharu, sebab itu banyak evolusi dadah berlaku dengan begitu cepat.

“Meskipun dadah tradisional seperti ganja, morfin, heroin dan candu terus menjadi ancaman, banyak dadah jenis baharu muncul dan ia berbeza dengan dadah tradisional yang sekadar mengkhayalkan kerana banyak dadah terkini memberi tenaga tambahan kepada penggunanya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini