KUALA LUMPUR 11 April – Malaysia menduduki tempat ke-19 antara 73 buah negara dalam sebuah kaji selidik antarabangsa yang menilai kerajaan dengan mengukur kebolehan pembayaran elektronik (e-pembayaran) berdasarkan beberapa penunjuk seperti dasar dan prasarana. Penilaian di dalam Kedudukan Penggunaan E-Pembayaran Kerajaan (GEAR) itu merupakan indeks antarabangsa Unit Perisikan Ekonomi (EIU) dan kajian penanda aras ditauliahkan oleh Visa. Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata, dalam kategori perniagaan-ke-kerajaan (B2G), Malaysia berada di kedudukan pertama dengan markah penuh 100 mata bersama Australia, Kanada, Perancis, Jerman dan Singapura. Katanya, kerajaan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya