Malaysia sedia jadi hab komuniti francais asing - Utusan Malaysia

Malaysia sedia jadi hab komuniti francais asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Kerajaan menawarkan komuniti francais antarabangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kemudahan berpusat dan menjalankan perniagaan francais serantau.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemakmuran yang meningkat pada waktu ini menjadikan rantau ini menarik untuk pelaburan.


Sehubungan itu, beliau malah memberitahu, Malaysia juga boleh menjadi platform untuk melancarkan produk dan perkhidmatan ke pasaran-pasaran baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Persekitaran yang mesra perniagaan dan kerajaan yang pro perniagaan seharusnya meyakinkan anda bahawa Malaysia merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan hab untuk menguruskan pelaburan anda semua,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pameran Franchise International Malaysia (FIM) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.


Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini